Assalamualaikum wbt,

Orang Ramai Dijemput Hadir!!!

Satu tayangan wayang pacak berkaitan kemerdekaan bersama murid-murid,ibu bapa dan penduduk bukit china akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Bukit China dengan kerjasama daripada pihak Jabatan Penerangan Negeri Melaka dan juga pihak PIBG sekolah pada ketetapan di bawah :-

Hari : Jumaat

Tarikh : 28 OGOS 2015

Masa : 8.00 Malam

Tempat : Dewan Terbuka SKBC

Mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna serta diberkati Allah s.w.t

Semoga dengan kehadiran tuan-puan dapat menyerikan dan memeriahkan lagi majlis ini.

#SEHATISEJIWA

photo-collage (2)Projek membuat bendera MEGA negaraku dan menggunakan cop tapak jari Guru Besar dan murid-murid di ruangan jalur berwarna merah.Ianya sungguh Unik dan Menarik sekali.TAHNIAH!!!

 

photo-collage (1)

Pertandingan menyanyi lagu-lagu patriotik oleh unit Kokurikulum dan disertai oleh murid-murid yang mengambil bahagian untuk menyanyikan lagu-lagu patriotik untuk menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan kali yang ke 58 ini.”Sehati Sejiwa”

 

photo-collage

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan kali ke-58 telah berlangsung pada 18 Ogos 2015 bertempat di dewan terbuka SKBC yang dirasmikan oleh YBhg Datuk Zaini Bin Ismail yang merupakan Pengerusi Japerun Dun Duyung.Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Zaini kerana sudi dan berkesempatan untuk hadir merasmikan majlis tersebut serta syabas dan tahniah kepada semua warga skbc yang telah terlibat dalam menjayakan majlis pelancaran bulan kemerdekaan kali ke-58 ini.

MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!

 

 

IMG-20150714-WA0039Selamat datang di ucapkan kepada En.Muhammad Nor Bin Hamzah dari Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah yang melapor diri sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Bukit China.Diharap semua guru dan staff sokongan dapat memberi kerjasama dan sedia berkhidmat di bawah En.Muhammad Nor Bin Hamzah.Semoga SKBC terus maju dan cemerlang untuk tahun-tahun yang mendatang.Selamat Bertugas di Sekolah Kebangsaan Bukit China.

 

IMG-20150714-WA0038

Majlis penyerahan sumbangan untuk anak-anak yatim Sekolah Kebangsaan Bukit China.Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban dan menceriakan anak-anak ini menyambut aidilfitri yang bakal menjelma.

 

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru diucapkan buat seluruh warga pendidik Sk Bukit China dengan tema “Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak”.Semoga anda semua di beri kejayaan yang besar di dunia dan akhirat.Terima kasih kerana banyak berkorban demi mendidik insan kecil untuk berjaya menjadi seorang insan yang …

Pertandingan Senamrobik

Tahniah diucapkan kepada SKBC kerana mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Senamrobik peringkat pra sekolah.Syabas dan tahniah diucapkan kepada cikgu Faiz dan cikgu Hasan kerana tidak jemu melatih dan mendidik peserta sehingga berjaya pada pertandingan tahun ini.SKBC Go For The Best !!!