Daily Archives: August 26, 2015

Assalamualaikum wbt,

Orang Ramai Dijemput Hadir!!!

Satu tayangan wayang pacak berkaitan kemerdekaan bersama murid-murid,ibu bapa dan penduduk bukit china akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Bukit China dengan kerjasama daripada pihak Jabatan Penerangan Negeri Melaka dan juga pihak PIBG sekolah pada ketetapan di bawah :-

Hari : Jumaat

Tarikh : 28 OGOS 2015

Masa : 8.00 Malam

Tempat : Dewan Terbuka SKBC

Mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna serta diberkati Allah s.w.t

Semoga dengan kehadiran tuan-puan dapat menyerikan dan memeriahkan lagi majlis ini.

#SEHATISEJIWA

photo-collage (2)Projek membuat bendera MEGA negaraku dan menggunakan cop tapak jari Guru Besar dan murid-murid di ruangan jalur berwarna merah.Ianya sungguh Unik dan Menarik sekali.TAHNIAH!!!

 

photo-collage (1)

Pertandingan menyanyi lagu-lagu patriotik oleh unit Kokurikulum dan disertai oleh murid-murid yang mengambil bahagian untuk menyanyikan lagu-lagu patriotik untuk menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan kali yang ke 58 ini.”Sehati Sejiwa”

 

photo-collage

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan kali ke-58 telah berlangsung pada 18 Ogos 2015 bertempat di dewan terbuka SKBC yang dirasmikan oleh YBhg Datuk Zaini Bin Ismail yang merupakan Pengerusi Japerun Dun Duyung.Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Zaini kerana sudi dan berkesempatan untuk hadir merasmikan majlis tersebut serta syabas dan tahniah kepada semua warga skbc yang telah terlibat dalam menjayakan majlis pelancaran bulan kemerdekaan kali ke-58 ini.

MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!