Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah kerana memberi saya kesempatan untuk  menyampaikan sepatah dua kata di dalam ruangan ini.Sekalung tahniah juga diucapkan kerana berjaya mewujudkan laman web Sekolah Kebangsaan Bukit China ini dengan jayanya dan saya yakin ianya akan ditambah baik dari masa ke semasa.Tahniah juga kepada semua guru-guru kerana telah mendidik murid-murid dengan jayanya dan kita turut gembira dengan pencapaian upsr bagi tahun 2014 dan saya akan kita akan bertambah baik di masa hadapan.Akhir kata dari saya,semoga dengan wujudnya laman web ini,sekolah kita akan lebih maju dan semua guru dan murid mahupun ibu-bapa akan dapat mengikuti perkembangan semasa sekolah dengan lebih dekat.Semoga kejayaan akan terus milik kita.

SKBC GO FOR THE BEST!!!