Asides

Assalamualaikum wbt,

Orang Ramai Dijemput Hadir!!!

Satu tayangan wayang pacak berkaitan kemerdekaan bersama murid-murid,ibu bapa dan penduduk bukit china akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Bukit China dengan kerjasama daripada pihak Jabatan Penerangan Negeri Melaka dan juga pihak PIBG sekolah pada ketetapan di bawah :-

Hari : Jumaat

Tarikh : 28 OGOS 2015

Masa : 8.00 Malam

Tempat : Dewan Terbuka SKBC

Mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna serta diberkati Allah s.w.t

Semoga dengan kehadiran tuan-puan dapat menyerikan dan memeriahkan lagi majlis ini.

#SEHATISEJIWA

 

 

IMG-20150714-WA0039Selamat datang di ucapkan kepada En.Muhammad Nor Bin Hamzah dari Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah yang melapor diri sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Bukit China.Diharap semua guru dan staff sokongan dapat memberi kerjasama dan sedia berkhidmat di bawah En.Muhammad Nor Bin Hamzah.Semoga SKBC terus maju dan cemerlang untuk tahun-tahun yang mendatang.Selamat Bertugas di Sekolah Kebangsaan Bukit China.

 

IMG-20150714-WA0038

Majlis penyerahan sumbangan untuk anak-anak yatim Sekolah Kebangsaan Bukit China.Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban dan menceriakan anak-anak ini menyambut aidilfitri yang bakal menjelma.